30 July 2011

~~~Kenapa kita perlu taubat~~~

Taubat tu adalah pengaduan kita kepada Allah swt supaya Allah swt ampunkan dosa-dosa kita
yang lalu serta mengharapkan keredhaanNYA. Taubat bukannya dengan kita hanya pergi ke-
masjid dan mengucapkan Astaghfirullah. Sebaliknya ada beberapa syarat-syarat dia yang kita
kena patuhi supaya taubat kita tu diterima oleh Allah swt.

Kenapa kita perlu taubat...
Kerana kita perlukan pengampunan Allah swt atas segala kesilapan dan dosa yang dilakukan.
Allah swt itu Maha Pengampun, tapi hanya sekiranya kita minta dari Allah tetapi kita sombong
mahu meminta dengan Allah maka Allah takkan bagi keampunanNya kepada kita.

Apakah bukti kita bertaubat kepada Allah swt...
Adakah dengan hanya meminta keampunan atas dosa2 lalu ? Bukti kita bertaubat kepada Allah swt
adalah dengan kita berhenti melakukan dosa2 tersebut dan tidak lagi melakukannya lagi pada masa
akan datang.

Kenapa kita perlu bersegera bertaubat...
Kerana kita tidak tahu bila kematian akan datang kepada kita. Mati akan datang kepada orang tua, tapi
ingat, mati juga datang kepada orang2 muda. Dan, supaya hati kita masih boleh menerima hidayah Allah
swt , Kalau seseorang itu buat dosa, akan melekat satu titik hitam dalam hatinya. Dan titik hitam itu takkan
hilang melainkan sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt. Sekiranya seseorang tu menangguhkan taubat-
nya, maka makin banyaklah titik hitam sehingga penuhlah hati dia, berkarat dengan titik hitam. Maka masa
tu tidak ada ruang untuk nur hidayah masuk ke dalam hati. Hati akan menjadi tidak lut dengan segala jenis
ayat-ayat al-quran, hadith-hadith Nabi dan nasihat-nasihat. Sebab itu kita kena bertaubat selalu supaya hati
kita sentiasa bersih daripada dosa.

Firman Allah swt
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(Surah At-Tahriim ayat 8)

~~~Kelebihan Lelaki Pada Akalnya~~~

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita,
bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah,
matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam
yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam
kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu
dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita.
Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki;
contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada
sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada
malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka
mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara.
Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa sudah
jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi, bebas bergaul tanpa
batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak mengguna-
kan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa
masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi, lelaki yang sepatutnya berakal telah
hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah, lelaki dengan gejala dadah.
Kata orang tua-tua, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir
berkubur. Apa akan terjadi?

(-_-) K.A.W.A.N

Salam semua...

Mari kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan..kisah hari ini dan semalam mungkin yang akan mendatang..
Antara kau, Aku, Kamu, Dia dan Mereka...

"Sesekali jadilah KAWAN yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan KAWAN.
Kerana dia juga seorang manusia.
Dia juga ada rasa takut, rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan juga perlukan KAWAN sebagai kekuatan.
Jadilah kita KAWANnya itu."

"Kita selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin di luahkan.
Disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu....tetapi jika kita cuba menjadi KAWAN seperti dia, mungkin kita akan tahu."

(-_-) "Superhands" Kalis Minyak Mendidih 480c ~ Menggoreng Ayam Dengan Tangan Saja

Chiang Mai, Thailand - Mr Trichan, 50 tahun begitu terkenal dengan kebolehan dan kelebihan luar biasa dirinya... menggoreng ayam tanpa menggunakan sudip atau senduk. Beliau hanya menggunakan tangannya untuk memasukkan ketulan ayam ke dalam minyak masak panas mendidih. Kemudian memasukkan tangannya lagi untuk mengangkat dan mengeluarkan ayam goreng yang sudah masak dari dalam kuali yang penuh dengan minyak masak mendidih pada suhu 480c. Namun kulit tangannya tetap elok tanpa sebarang kecederaan akibat kesan minyak yang panas itu.


Superhands: Kann Trichan feels no pain and his skin is unaffected by the boiling fat at his fried chicken stall in Chiang Mai, Thailand

Mr Trichan berkata, " Ketika saya memasukkan tangan ke dalam minyak yang sedang panas mendidih 480c, saya memang terasa panasnya tetapi ia tidak menyebabkan kulit tangan saya terbakar atau melecet. Saya boleh memasak nasi, menggoreng, dan apa saja dengan tangan kosong tanpa menggunakan alatan memasak."

Warungnya yang terletak di Chiang Mai, 470 batu utara Bangkok sentiasa menjadi tumpuan pelancong asing dan orang ramai bukan saja kerana ayam gorengnya yang sedap tetapi juga untuk menyaksikan sendiri kebolehan luar biasanya itu.


Fast finger food: Mr Trichan holds the world record for plucking 20 pieces of chicken from 480c fat in one minute

Mr Trichan merupakan pemegang rekod "Guinness Book of World Record" untuk kategori mengangkat 20 ketul ayam daripada minyak masak mendidih 480c selama 1 minit.

Selama tujuh tahun terakhir Mr Trichan telah menjadi bintang antarabangsa dan telah mengelilingi dunia bersama isterinya, Tuan, 45, menunjukkan kepakarannya.






ashraf @ aleesha meninggal dunia


KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/07/20/saya-rela-mati-ashraf-aleesha/ & http://mynewshub.my/bm/2011/07/30/aleesha-farhana-mohd-ashraf-meninggal-dunia/