31 December 2009

happy new year arrr DARLING..heheheheehehe

Hai mylovely mrblog...happy new year....xsangka 2009 da nak berakhirkan? sekejap je....anyway byk yg terjadi dlm tahun ni....sama ade aku suke atau x....ape yg aku hilang pon dah berganti baru...aku harap 2010 beri sinar baru wat aku...hehehehehe skema dowh getikk nak muntah plak aku........
angka umur aku pon da bertambah....bertambah tua da aku...sedih pon ade...tapi adat la da hukum dunia kan.....well aku ucapkan happy new year kat ualls moga azam tahun ni da tercapai...n kite same2 pasang azam baru utk 2010...ok...







28 December 2009

semacam jekk...(episod EMO)

xtau nape ari ni...act dari semalam xsedap ati...aku harap semua ok...xtau la lately aku rase semacam jek...macam ade benda buruk yg berlaku...mintak2 di jauhkan la...ari ni aku xcukup tido...entah la.....macam mane nk terangkan pon aku xtau...aku rase nak bersendiri tapi adil ke?
kate guru 'jage la diri blajar pentingkan diri dulu baru org lain'
tapi aku still pk org lain dulu baru diri aku...semalam aku xtau nape aku boleh buat sampai cam 2 skali..xpe la aku cume ikhlas dan niat aku semua kerana Allah....aku happy tgk org happy...walau aku sayang byk mane skali pon aku xsampai ati nak pentingkan diri....aku rela beralah...ibu slalu risaukan aku,aku xpandai berebut malah aku sayang macam mane skali pon sesuatu 2 aku akn berikan pada yg mau...salah ke sifat begitu?
aku masih kenangkan waktu dulu...aku masih belajar melupakan nyerr tapi rase nyerr ia tetap dlm ingatan...xluput pon...malah makin segar...ape harus aku lakukan ya Allah?
benar kah aku yg bersalah....aku keliru.....sungguh ya Allah....aku tau setiap pengorbanan ade hikmah nyerr e2 janji Mu...aku cuba belajar utk redha pada ketentuan Mu...tapi aku bkn insan yg sempurna...masih lemah...aku pasrah jika ini takdir utk ku...
bagi aku...aku cuba buat yg terbaik...aku bersyukur Engkau hadirkan insan2 yg sentiasa menemani aku disaat aku memerlukan semua e2...aku kehilangan Engkau gantikan yg lain...tabah kan ati hamba Mu ini...
bimbing lah aku dalam mencari keredhaanMu...
aku percaya segala ape yg terjadi ini ade makna yg tersirat moga aku tidak putus asa malah lebih tabah...
InsyAllah...


21 December 2009

sesuatu yg berharga untuk di kongsi bersama

ANALISIS SIFAT LUPAKAN ALLAH
Di sini, antara salah satu sifat manusia yang diterangkan di dalam al-Quran ialah sifat lupakan Allah apabila kaya dan kuat. Tetapi manusia akan mula ingatkan Allah apabila ditimpa kesusahan iaitu dengan merendahkan diri dan berdoa kepada Allah serta mengakui keagungan Allah. Antara ayat al-Quran yang menerangkan tentang sifat ini ialah surah Yunus,ayat 12:
Maksudnya: Dan kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. dan segala sesuatu Telah kami terangkan dengan jelas.
Mengikut tafsir pimpinan Al-Rahman, tafsir ini menerangkan bahawa di antara rahmat Allah kepada manusia ialah diberinya kemudian belayar di laut untuk mencari rezeki, apabila mereka ditimpa bahaya, maka pada saat itu mereka hanya teringat kepada Allah dan mengharapkan pertolongan Allah swt. Tetapi setelah mereka tiba di darat dengan selamatnya, maka mereka pun mempersukutukan Allah dengan makhluk-makhluk yang mereka puja dengan sesatnya.
Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran menerangkan tentang sifat manusia yang lupa diri dan tidak ingat akan Allah apabila manusia itu dalam keadaaan kesenangan. Malah, mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini. Selain itu, mereka tidak menyembah Allah iaitu tidak melakukan perkara yang disuruh oleh Allah swt. Mereka juga mempersukutukan Allah iaitu dengan menyembah sesuatu yang selain Allah. Antara contoh perkara yang disembah oleh manuasia ialah patung atau berhala. Ini merujuk kepada kaum kafir.
Tetapi apabila berlaku sesuatu musibah atau bencana, maka manusia itu akan mula teringatkan Allah swt. Mereka akan meminta dengan bersungguh-sungguh kepada Allah swt iaitu dengan merendahkan diri kepada Allah dengan serendah-rendahnya. Mereka juga akan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Apabila doa itu dimakbulkan, maka mereka akan sedikit demi sedikit akan melupakan Allah swt. Sifat ini merujuk kepada orang-orang Islam.
Dr. Aisyah Al-Buti menjelaskan bahawa manusia mempunyai kebiasaan iaitu sewaktu kaya dan kuat, ia akan melupakan Allah. Dan apabila ia ditimpa kesulitan, barulah ia teringat kepada tuhannya, merendahkan diri dan berdoa kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa manusia itu memang wujud sifat bongkak dan takbur serta senang lupa diri apabila berada dalam suasana atau keadaan yang selesa. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar mensyukuri dengan nikmat yang Allah yang berikan dan menggunakannya sebaik mungkin nikmat yang diberikan.
ANALISIS SIFAT SOMBONG DAN BONGKAK
Ayat yang menerangkan tentang sifat manusia menjadi sombong dan bongkak serta membantah Allah ialah surah Al-nahl, ayat 4:
Maksudnya:ia menciptakan manusia dari air(benih),kemudian(setelah sempurnakejadiannya) tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelasbantahannya.”Ayat ini menjelaskan bahawa Allah mencipta manusia, tetapi manusia itu sombong kepada tuhannya sendiri. Mengikut tafsir pimpinan Al-Rahman, diterangkan bahawa manusia yang membantah serta sombong itu merujuk kepada keingkaran manusia itu kepada tuhannya. Keingkaran di sini merujuk kepada sifat manusia itu yang tidak mahu menyembah Allah swt malah mempersukutukanNya.Selain itu, keingkaran yang ditunjukkan oleh manusia ialah dengan tidak mensyukuri nikmat Allah swt. Mereka sombong dengan apa yang ada pada mereka tetapi semua itu adalah dari Allah swt. Allah swt mencipta manusia dan memberi Al-Quran sebagai petunjuk untuk menerangkan tentang kehinaan dan kelemahan manusia agar manusia tidak melupakan asal-usul penciptaannya.Asal-usul penciptaan manusia adalah dari setitis air mani atau tanah atau dari segumpal darah,lalu segumpal daging,atau dari air memancar keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan. manusia sama sekali tidak memerlukan belajar secara ilmiah atau memahami kesedaran itu guna menahan dan mengendali kebongkakkannya, agar tidak melampaui batas-batas takdirnya sehingga menjadi keterlaluan dan pembantah. Manusia juga cenderung kepada sifat keterlaluan dan bongkak. Selain itu, manusia juga tidak menunjukkan sikap yang menyatakan rasa terima kasih kepada Allah swt. Dan manusia di sisi tuhan menjadi pembantah yang nyata malah tidak pula menyesali perbuatannya.Oleh kerana sifat manusia yang membantah ini, maka manusia itu tidak memikirkan tentang sebab dia diciptakan iaitu untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Firman Allah swt di dalam surah al Zariyat ayat 56 :
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Sedangkan manusia itu juga adalah makhluk yang lemah, iaitu hanya hamba kepada penciptanya. Tidak ada sebab dia perlu membantah malah apatah lagi berpaling tadah dari tuhannya iaitu Allah s.w.t dengan menyukutukanNya. Jadi, salah satu sifat manusia yang disebut dalam Al-Quran ialah sifat manusia yang cenderung menjadi seorang yang sombong dan serta membantah kepada Allah.
HUBUNGAN ANTARA SIFAT MANUSIA YANG LUPA DAN BONGKAK
Daripada analisis ayat yang menerangkan sifat manusia yang lupa dan bongkak, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua sifat ini terdapat pada semua manusia, samada yang muslim atau kafir, akan tetapi sifat dapat dikawal apabila seseorang mukmin itu benar-benar bertakwa. Sifat bongkak dan lupa ini ialah sifat negatif yang terdapat pada diri manusia. Sifat bongkak ini hanya mendorong manusia untuk melakukan kejahatan terhadap makhluk Allah s.w.t yang lain bahkan boleh merosakkan manusia itu sendiri.Sementara sifat manusia yang lupa juga akan membinasakan manusia itu sendiri. Dari sifat lupa itulah mewujudkan sifat bongkak seperti yang di atas tadi. Sifat lupa ini juga membawa keburukan kepada makhluk Allah yang lain. Keburukan yang dibawa oleh sifat lupa dengan sifat bongkak ini tidak banyak membezakan antara kedua-duanya. Ini adalah kerana kedua-duanya membawa kepada kebinasaaan.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah Al-Quran menerangkan sifat-sifat manusia sesuai bahawa Al-quran itu ialah wahyu dari Allah untuk manusia. Selain itu juga, hasil daripada penerangan dalam Al-Quran juga membolehkan kita memahami bahawa manusia itu mempunyai pelbagai sifat samada yang baik atau buruk. Ia juga dapat mengingatkan manusia bahawa manusia itu tidak sempurna dan banyak kekurangannya. Oleh itu, manusia tidak perlu berlagak sombong dan bongkak kepada penciptanya. Hal ini adalah kerana sifat tersebut akan menyebabkan manusia mendapat azab siksaan pedih api neraka dan ini menunjukkan Allah s.w.t itu maha agung lagi maha sempurna
p/s renung2 kan la wahai para sahabat....mari kite bermuhasabah diri bersama...
sekian wasalam....

03 November 2009

first eNtrY................


salam...................

da lame aku berdiam diri...............terlalu banyak yg terjadi dalam hidup aku lately...entah la lihat keadaan manusia di sekeliling ku, macam2 ragam......

tapi aku x sangka benda2 cm ni terjadi kt aku...ade hikmah mungkin? ya memang ade sebab aku nampak keikhlasan seseorang yg aku xpernah percaya...siapa????????? hahaha biar lah aku je yg tau..dia sanggup temani aku.layani aku dan menenangkan aku di saat2 aku perlukan semua 2... sungguh! aku terasa amat la bersalah dengan nyerr...aku harap dia maafkan aku...moga ALLAH restui niat ku...


ade seorang pompuan yg aku baru kenal secara xsengaja...aku sangka dia baik, dia la mangsa...aku cuba tolong dia tapi rupa2 nyerrr dia hanya mempergunakan aku...dia tikam aku dari belakang.....dan kerana dia, aku luka kan hati seorang lelaki yg ikhlas sayangkan aku...kuasa tuhan...aku tahu kebenaran nyerrr...2 la manusia bermuka2....mcm2 hal dunia kan...tapi aku rase nak berterima kasih dengan pompuan ni...sebab ape yg dia buat, aku mula memahami siapa lelaki yg aku sakiti ini...